Sabtu, 29 Juni 2013

Kisah gadis di bunuh sahabat

Pada 23 Mac 2007,

Noralina Ahmad Dasuki, 25, bekas pelajar
Pusat Pengurusan dan Teknologi Lanjutan di
Shah Alam telah mempelawa rakan sekolah
lamanya, Juliana Md. Fuzi untuk satu sesi
‘makan-makan’ setelah agak lama mereka
tidak bertemu rupa-rupanya Noralina dan
teman lelakinya, Muhammad Khairul, 27,
bekas pekerja sebuah stesen televisyen kabel
sedang ‘merancang’ sesuatu terhadap Juliana
yang juga seorang penuntut di Kolej Islam
Antarabangsa bertempat di sebuah unit
Pangsapuri Sunrise, Wisma Indah, Jalan Tun
Razak, mereka telah menyamun Juliana,
merogol sebelum membelit dan menjerut
leher mangsa sehingga arwah meninggal
dunia di tempat kejadian, kejam…memang
kejam!
Hasil siasatan, polis akhirnya berjaya
memberkas Noralina dan Muhammad Khairul
tidak lama selepas itu
bicara punya bicara, pada 14 Julai 2009,
kedua-duanya didapati bersalah dan
dijatuhkan hukuman mati
namun Noralina dan Muhammad Khairul tak
berpuas hati dengan keputusan itu, mereka
kemudiannya merayu lagi, kali ini ke
Mahkamah Rayuan pula tetapi ternyata
rayuan mereka sia-sia hari ini setelah lima
tahun, Mahkamah Rayuan mengekalkan
sabitan kesalahan dan hukuman mati
terhadap mereka berdua
panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk
Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad berkata,
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak
melakukan sebarang kekhilafan dalam
penemuan faktanya apabila mensabitkan
kesalahan mereka katanya, Mahkamah Rayuan
tidak mempunyai peluang untuk membuat
penilaian tentang tingkah laku saksi seperti
yang dimiliki hakim Mahkamah Tinggi, Datuk
Mohamad Zabidin Mohd Diah
“Kami tidak mempunyai alasan untuk
mengatakan bahawa sabitan kesalahan itu
adalah tidak wajar,” kata Syed Ahmad Helmy
ketika menolak rayuan Noralina Ahmad
Dasuki dan Muhammad Khairul Anuar
Abdullah.
Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Abdul
Wahab Patail dan Hakim Datuk Mohtaruddin
Baki
Akhirnya keadilan berjaya ditegakkan untuk
arwah buat Nuralina dan Muhammad Khairul,
benar kalian telah disabitkan kesalahan
namun masih punya waktu untuk bertaubat
ingatlah, tiada siapa yang bebas dari
melakukan kesilapan dan kekhilafan, sesat
jalan, pulanglah semula ke pangkalnya
sesungguhnya apa yang terjadi kepada Juliana
waima Nuralina dan Muhammad Khairul
sekalipun, mempunyai pengajaran tersendiri
buat kita semua